Thursday 24 July 2014

Pintu diketuk, hati bertanya siapa?

Bismiillah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Langkah kaki dilajukan. Cuaca yang mengganggu untuknya berada diluar lama lama. Salji semakin laju menurun dari langit. Angin pun entah datang dari mana datangnya tapi boleh dirasa. Cuaca yang amat sejuk itu menikam nikam tulang belulangnya. Walaupun dah pakai berlapis lapis baju, dengan snowcap nya lagi. Sejuk itu membuat dia rasa macam nak lari je sampai ke rumah. Tapi tak apa, dia cuba sabar. Kalau panas sangat, kita merungut kan? Ni Allah dah bagi sejuk, nak merungut lagi? Aih, tak boleh gitu.

Dalam perjalanan nak ke rumah sewanya, ada sebuah tasik yang belum sepenuhnya 'bertukar' menjadi ais lagi. Ada beberapa bahagian, masih berair. Ada bahagian lain pula, ais sudah jadinya. Entah kenapa kaki berasa nak duduk sekejap di kerusi kerusi sekeliling tasik itu. Hai, boleh pulak eh kaki ni! Tak sedar ke tuan punya kaki tengah nak membeku ni? Fuh. Tak apa, diturutinya juga 'kemahuan' kaki. Eh.

Dia melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi kayu panjang yang berdekatan. Ditarik nafas dalam dalam, kemudian dihembus perlahan. "Huh, tenang..". Tiba sahaja kepalanya menoleh kekanan, entah kenapa semua anggota badannya nak beraksi harini? Kelihatan seorang gadis serba hitam semuanya kecuali satu -- tudung. Tudungnya sahaja yang berwarna merah. Seluar, coat, snowcap, sarung tangan, kasut, ah semuanya berwarna hitam! Matanya giat memerhati. Walaupun, kesejukannya dah macam nak membunuh, dirinya berasa tetap ingin berada disitu. Tak mau berganjak walau sedikit pun. Diperhati gerak geri gadis bertudung merah itu. Ewah, gadis bertudung merah, eh! Gadis itu memegang dua benda. Pertama, telefon bimbitnya. Kedua, 'buku' ber'pakaian' hijau. Tak dapat diperhati 'buku; apa. Tetapi dia tahu, gadis itu akan melihat telefon dan seterusnya 'buku', berselang seli. Kejap diangkat 'buku' itu menadakan dia sedang membacanya lah. Kejap lagi dia akan tengok telefonnya pula. Tak lama, kelihatan benih air mata jatuh dari kelopak mata. Kemudian perkara yang sama berulang lagi. Dirinya menjadi semakin pelik. "Ok ke perempuan ni?"

Tak sampai 30 minit dia memerhati, perempuan itu bangun. Hah, sudah! Dia melilit dengan kemas satu wayar kecil, oh itu earphone

No comments:

Post a Comment